Saturday, August 21, 2010

CEPAT MARAH BILA TAK DAPAT ROKOK

STOP SMOKING!
ROKOK OH ROKOK....pengaruh mu memang kuat sehingga menyebabkan ketagihan yang teramat sangat. Memang tidak dinafikan kalau saya keputusan rokok maka saya sanggup keluar mencari rokok walaupun dah larut malam. Kalau tak dapat rokok, gelisah mula melanda dan mudah marah jika berlaku sesuatu yang tidak kena pada tempatnya walaupun ianya perkara kecil. Saya agak kuat merokok. Bayangkan dalam satu hari satu pek besar 20 batang mesti habis paling lambat pun pada tengah hari esoknya. 

Seawal pagi lagi selepas bangun maka rokok akan dicari sebagai sarapan pagi bukannya roti bakar, telur, nasi lemak dan lain-lain. Paling kurang 2 batang selalunya akan dihisap sebelum bertolak pergi kerja. Dalam perjalanan ke pejabat hisap lagi beberapa batang. Bayangkan betapa banyak rokok yang saya hisap. Tidak terlintas pun hendak berhenti walaupun sudah diketahui betapa rokok itu mendatangkan banyak keburukan dari kebaikan.

Lari...Lari....Saya Tak Nak Rokok!









Kalau naik tangga akan cepat mengah dan pernafasan seolah-olah tersekat-sekat serta mudah untuk batuk. Kaki sentiasa lenguh dan badan tidak bermaya apabila bangun pagi. 

Letihnya..baru lari 10 meter ni!      






Sampailah serunya untuk saya berhenti merokok pada suatu hari dalam bulan Julai 2010. Di saat dan ketika itulah saya berhenti merokok sehinggalah sekarang ini. Alhamdulillah dengan sokongan rakan-rakan di FB maka saya mampu berhenti dan mengelakkan asap rokok dari memasuki tubuh ku ini.. Insyaallah di coretan akan datang saya akan menceritakan pangalaman saya ketika dalam proses berhenti merokok.

Jumpa lagi di lain coretan, wassalam.
Halmey Rapaee
21.08.2010.
  





1 comment:

  1. tahniah... bukan senang nak berhenti merokok... anda berjaya akhirnye...

    ReplyDelete