Saturday, August 21, 2010

SAMPAI SERU

Maka tersebutlah kisah pada 27.07.2010 saya sampai ke rumah tanpa teringat hendak singgah ke kedai membeli rokok. Kebiasaannya kalau sudah kehabisan rokok saya sanggup semula untuk membeli rokok walaupun sudah larut malam. 

Tetapi malam itu agak berlainan sama sekali. Saya tidak terlintas hendak merokok. Saya asyik melayari beberapa laman web termasuklah Facebook. Sehinggalah pada satu saat saya terasa ketagihan untuk merokok tetapi saya rasa tersangatlah malasnya  hendak keluar membeli rokok. Kemalasan tersebut ditambah dengan kemalasan hendak membuka pagar rumah secara manual kerana  sistem kawalan jauh dah rosak. Ditambah pula takut nanti kebasahan  dek kerana ketika itu juga hujan turun dengan lebatnya.



Saya melepaskan geram dalam Facebook lantaran mendapat cadangan daripada seorang kawan. Beliau menggesa saya supaya berhenti sahaja daripada merokok demi kebaikan. Lantaran itu saya terfikir dan berfikir panjang lalu membulatkan tekad untuk terus berhenti merokok. 

Semenjak ke hari tersebut sehingga ke hari ini saya berjaya untuk tidak merokok. Bagaimana saya berjaya berhenti merokok sehingga ke hari in bergantung kepada beberapa faktor serta dorongan. Faktor utama mendorong kejayaan saya ialah tekad yang kuat untuk berhenti merokok .

Tekad tersebut terpaksa saya ingat dan ulangi setiap hari terutamanya apabila melihat rokok kawan-kawan dan juga ketika terdedah dengan asap rokok di khalayak ramai. Sokongan moral daripada keluarga dan kawan-kawan begitu penting. Saya merasakan semangat untuk terus berhenti semakin membara setiap kali mendapat sokongan daripada rakan-rakan saya di Facebook. Kata-kata hikmah yang diberikan oleh rakan-rakan menguatkan semangat saya seperti : "I Know U Can Do It Bro!", "Keep Strong", "We will support you"...dan sebagainya. Kata-kata perangsang tersebut menguatkan semangat saya untuk terus meninggalkan rokok.


Terima kasih buat rakan-rakan yang telah memberikan sokongan kepada saya. Walaupun nampak semacam mudah tetapi hakikatnya hanya saya yang mengetahui. Insyaallah akan saya ceritakan di coretan akan datang. Saya percaya hanya tekad yang kuat dalam diri seseorang akan membawa kejayaan dalam apa juga usaha. Oleh itu tanamkan tekad dan kuatkan semangat. 

Saya yakin anda pun boleh melakukannya macam saya dan rasailah perbezaan sebelm dan selepas berhenti merokok. Banyak sungguh kebaikannya terutama kepada kesihatan kita. 

"Hidup Sihat Tanpa Rokok" 

dan....

"Katakan Tidak Pada Rokok"


Sekian buat kali ini sehingga ketemu lagi di lain hari. 

Wassalam.
Halmey Rapaee
22.08.2010
Johor Bahru

No comments:

Post a Comment