Tuesday, August 24, 2010

SAJIAN RAJA SEHARI

SAJIAN RAJA SEHARI : 
PENANGAN ORANG BERPENGALAMAN

Saya tergerak untuk melakarkan pengalaman saya ketika menghadiri kenduri perkahwinan saudara saya di Parit, Perak Darul Redzuan. 

Suasana kampung yang dipenuhi dengan pepohon hijau begitu mendamaikan jiwa serta fikiran saya. Sepanjang berada di kampung tersebut saya mampu melupakan permasalahan saya terutama dalam pekerjaan buat seketika. 

Permuafakatan yang ditunjukkan oleh masyarakat kampung terutamannya oleh jiran-jiran memang ketara dan tidak berbelah-bahagi.Tidak kedengaran keluh-kesah dalam melakukan pekerjaan. Semangat gotong-royong masih utuh tidak seperti yang saya lihat di sesetengah kawasan yang pernah saya lawati.

Apa yang menarik perhatian saya ialah kepakaran warga tua yang kebanyakannya terdiri daripada makcik-makcik dalam membuat gubahan untuk sajian pengantin. Saya mengamati gubahan-gubahan tersebut dengan penuh minat. 

Lantaran berasa kagum dengan kepakaran mereka yang tidak menggunakan peralatan khas. Lihat sahaja tembikai ini yang digubah hanya dengan menggunakan pisau biasa. Begitu cantik dan kemas hasil kerjanya.

Hasil pengalaman, kreativiti serta kerjasama yang digabungkan bersama, mereka mampu menghasilkan gubahan-gubahan untuk sajian pengantin yang begitu menarik serta cantik seperti ditunjukkan di sini.


"Buah Sengkuang yang digubah menjadi daun manakala cili dijadikan sebagai bunga".








"Hanya dengan menggunakan pisau biasa mereka mampu  menghasilkan gubahan menarik ini".
Bunga Ros dari Buah Tembikai

Gubahan Udang Goreng Yang Begitu Menyelerakan

 
Wajah-Wajah Penggubah Sajian Pengantin Di Atas 

Saya berharap agar permuafakatan serta semangat gotong-royong seperti di kampung ini dapat diteruskan dan diturunkan kepada generasi muda.

Syabas kepada penduduk Kampung Sungai Korok, Parit, Perak.

Ikhlas:
Halmey Bin Rapaee
24.08.2010




 

No comments:

Post a Comment